Tuesday 25 June 2013

Akibat JEREBU

Proses pembakaran merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran udara. Bahan-bahan cemar hasil daripada proses pembakaran terbahagi kepada dua iaitu zarahan dan gas.

Bahan cemar yang tergolong  dalam jenis zarah dikenali sebagai 'abu' dan 'jelaga'.
(Abu = merangkumi bahan organik dan bukan organik)
(Jelaga = zarah-zarah karbon yang halus)


Di antara kesan pencemaran udara ialah pengurangan jarak penglihatan, pengurangan cahaya matahari, pengotoran bangunan, pakaian, tumbuha-tumbuhan dan kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan.

Kesan Terhadap Kesihatan
  1. Udara dan bahan cemar (seperti karbon monoksida) yang terperangkap di dalamnya memasuki paru-paru melalui trakea
  2. Di dalam paru-paru udara bergerak melalui tiub bronkus kepada alveoli dan berlakunya resapan gas.
  3. Bahan cemar  meresap sama  ke dalam darah
Di dalam darah.....
  1. Karbon monoksida akan terikat dengan haemoglobin dan membentuk karbominohemoglobin, sekaligus mengurangkan keupayaan membawa oksigen dalam darah.
  2. Masalah ini tidak boleh dipulihkan semula.
  3. Karbon diolksida ini pula akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.

  Ambillah langkah berjaga-jaga, pastikan anda tidak terdedah kepada risiko jerebu.

Thursday 2 February 2012

SELAMAT MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN TAHUN 2012.

Nasihat buat pelajar tingkatan 5 --> anda perlu lipat gandakan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan diri anda. Tidak ada ruang untuk membuang masa. Mulakan ulang kaji anda dari sekarang. Berjumpalah kami guru Bio anda, sekiranya ada topik-topik yang anda lemah @ tidak kuasai. Kami sedia membantu.

Buat pelajar tingkatan 4--> tiada istilah 'honeymoon year'. mulakan ulangkaji dari sekarang. Tumpukan sepenuh perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika anda berjaya menguasai semua topik tingkatan 4, maka Bio akan menjadi subjek yang mudah bagi anda pada tahun hadapan. Pastikan anda menghayati dan mengaitkan ilmu Bio itu dengan kehidupan harian anda. Kami percaya anda akan terpegun dengan keajaiban kejadian manusia dan alam ciptaan TUHAN.
      

Thursday 10 November 2011

Program Cuti Terancang

PENGENALAN
Program Cuti Terancang merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Pengetua SMKIS Tuan Hj Zolkaply Yunus. Latihan ini khususnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 , 2 dan 4.

ARAHAN
Murid-murid dikehendaki:
  • menyiapkan latihan semasa cuti sekolah,
  • menyerahkan hasil kerja kepada guru mata pelajaran Biologi pada minggu pertama tahun 2012.
 Kaedah :
  • capai blog panitia matapelajaran Biologi di dalam ruangan PROGRAM untuk mendapatkan soalan latihan,
  • cetak soalan latihan tersebut.
Selamat bercuti dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran.

Wednesday 19 October 2011

Bengkel Cemerlang Biologi

Tarikh: 14.10.2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.20 pagi- 11.05pagi
Tempat: Bilik Tayang SMKIS
Sasaran: semua pelajar Biologi tingkatan 5

Penceramah: Pn. Nazlin Ruziah Bt. Md. Said
Fasilitator: Pn. Nooraini Bt. Md. Sayed 


Rasional

Pelajar didedahkan dengan kaedah mudah dalam menjawab 
soalan berbentuk kemahiran mengeksperimen.